Ketua Pegawai Eksekutifnya, Usamah Zaid berkata, filem yang kini giat dalam proses pembikinan itu dijangka ditayangkan pada penghujung tahun depan.

"Seperti pembikinan siri Ejen Ali sebelum ini, sebahagian kos pelaburan filem ini adalah daripada Wau Animation dan Media Prima, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia  (MDEC) turut menyalurkan dana untuk tujuan tersebut," katanya kepada media selepas tayangan treler filem tersebut di hari ini.

Tayangan treler Ejen Ali dilancarkan bersempena 'Kre8tif! 2018 Conference & Creative Content Festival' yang dianjurkan oleh MDEC.

Usamah berkata, filem animasi kesan khas yang menggunakan kemahiran dan kepakaran anak tempatan sepenuhnya itu turut menyasarkan tayangan di seluruh  rantau Asia. - Bernama