Katanya, cabaran berkenaan memerlukan kerjasama dan dukungan kuat semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita juga menyedari wujudnya watak-watak yang ingin melihat kita gagal. 

“Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar  petang tadi.  

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas andaian wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan berkaitan soal peralihan kuasa seperti yang disiarkan di media perdana dan media sosial. 

“Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun Dr. Mahathir tentang soal peralihan kuasa.

“Kita telah bersetuju berkenaan proses dan pelan transisi tersebut, dan juga turut dimuafakati di peringkat PH,” tambahnya. 

Ujar beliau, kepimpinan PH harus kekal fokus terhadap isu-isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan. - K! ONLINE