Timbalan Pengarah Perkeso, Wan Izani Wan Isa berkata, Allahyarham Wan Hasheliza Wan Ibrahim dan awrah suaminya, Sharil Apipie Mokhtar masing-masing berusia 29 tahun adalah pekerja swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Perkeso.

Menurutnya, bagi keluarga Wan Hasheliza kedua ibu bapanya dan adik bongsunya, Wan Hanis Wan Ibrahim, 17, akan menerima pencen Penakat sebanyak RM712 setiap bulan, manakala kedua  arwah ibu bapa arwah Sharil akan menerima RM716. 38 sebulan yang diagihkan sama rata.

"Semua urusan tuntutan pencen Penakat itu dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada waris terdekat mangsa terbabit.

"Perkeso juga turut membuat bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak masing - masing RM2,000 kepada kedua-dua ibu bapa mangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampai bantuan berkaitan di rumah Wan Ibrahim Awang Kechik, di Kampung Sepulau, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Wan Izani berkata, tiada unsur pilih kasih dalam menyelesaikan semua kes pampasan Perkeso kerana tindakan segera dilaksanakan secara telus oleh Skuad Perkeso Prihatin yang mengamalkan pendekatan turun padang.

Beliau turut menegaskan agar semua pihak termasuk pemandu bas, pemandu kenderaan awam dan pekerja sendiri tampil mendaftar dengab Perkeso di bawah Skim Perlindungan Pekerjaan Sendiri (SPPS) untuk pembelaan kebajikan luar jangkaan. 

Setakat ini, sebanyak 56 kes bayaran pampasan dan pencen Penakat Perkeso di negeri ini berjaya diurus melibatkan perbelajaan berjuta ringgit. - K! ONLINE