Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Saad Yuguda, 24, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bergegas ke lokasi.

"Sebaik sahaja tiba, didapati kemalangan adalah melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki warga Nigeria berumur 24 tahun.

"Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - K! ONLINE