Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, Wagiman Jemiran, 53, yang beralamat di Teluk Panglima Garang, Selangor maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang memandu Proton Waja datang dari Tanah Merah, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Mangsa bersama empat lagi penumpang tertidur di dalam kenderaannya yang berhenti di bahu jalan setelah mengalami kerosakan pada pukul 2 pagi.

"Kenderaan mangsa kemudiannya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori yang  kira-kira pukul 6 pagi dan melarikan sebaik kejadian tersebut," katanya.

Menurutnya, kenderaan mangsa kemudiannya melintang jalan dan mangsa mengeluarkan empat lagi penumpang ke tempat selamat.

"Ketika sedang mengawal lalu lintas, mangsa yang berdiri di tengah jalan telah dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu dari Wakaf Bharu, Kelantan," ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa kemudiannya tercampak ke kawasan semak di tepi lebuhraya berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mengesan lori yang melanggar kereta mangsa untuk membantu siasatan," jelasnya. - K! ONLINE