Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, Ibrahim Dollah, 71, dan isteri, Wan Misah Wan Husin, 65, menemui bayi berkulit cerah tersebut yang sedang menangis kelaparan dan hanya dibalut dengan tuala berwarna ungu.

Ibrahim yang merupakan seorang peneroka Felda berkata, sewaktu kejadian, dia dan isteri dalam perjalanan untuk menyabit rumput bagi dijadikan makanan lembu peliharaan di kawasan ladang kelapa sawit miliknya.

"Sebaik sampai di persimpangan masuk ke kawasan ladang Felda Jerangau dekat sini, kami terdengar tangisan bayi dari arah sebuah wakaf berhampiran.

"Kami pada mulanya panik apabila nampak bayi lelaki yang dipercayai berusia kira-kira dua minggu itu. Saya segera mendukung sebelum bertakbir dan mendodoi dengan tujuan untuk menenangkannya," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Ibrahim berkata, mereka kemudiannya meminta bantuan pemilik sebuah gerai makanan berhampiran sebelum penemuan bayi terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa tidak lama kemudian. - K! ONLINE