Mangsa, Lee Khian Seng, 60, melakukan aktiviti pendakian di gunung tersebut yang mempunyai ketinggian kira-kira 2,183 meter bersama 12 rakan pendaki dan 11 pemandu arah sejak Jumaat lalu. 

Khian Seng dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum tidak sedarkan diri selepas terjatuh pada ketinggian enam meter dan

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd. Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.29 pagi semalam. 

“Sebuah helikopter Agusta Westland 139 yang berpangkalan di Subang, Selangor telah digunakan dalam misi membawa keluar mangsa dari kawasan pergunungan tersebut. 

“Unit Udara JBPM bersama tujuh anggota diterbangkan ke kawasan hutan tebal berkenaan bagi menyelamatkan mangsa pada pukul 8.30 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohamad Yunus, anggota bomba menggunakan teknik winching untuk mengangkat mangsa dari puncak gunung ke dalam helikopter dan membawanya ke padang Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra setengah jam kemudian. 

“Semalam, kita telah menurunkan empat anggota dari Multi Skill Team (Musteam) dan mereka perlu berjalan selama lima jam untuk ke lokasi mangsa. 

“Operasi menyelamat disambung semula pada hari ini dan anggota berjaya membawa keluar mangsa namun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. 

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10 pagi,” katanya. - K! ONLINE