Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, Hamzah Aziz, 61, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave keluar dari simpang jalan dan terus melanggar sebuah lori.

"Lori tersebut dalam perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani dan apabila sampai di tempat kejadian, sebuah motosikal keluar dari simpang sebelah kanan dan melanggar bahagian kanan belakang lori.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE