Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa, Ng Chai Kiah, 68, maut dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang memantau pekerjanya menangkat tangki air itu ke dalam sebuah kontena.

"Secara tiba-tiba tangki air itu terjatuh dan menghempap mangsa pada sisi kepala sebelah kiri.

"Kepala mangsa dikatakan terkena pada paip penyambung tangki air itu," katanya.

Menurut Noorzainy, mangsa yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kepala Batas di sini bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. - K! ONLINE