Mayat mangsa, Bieber Robert Donald, 70, yang menyewa bersendirian di pangsapuri itu sejak Julai tahun lalu ditemui oleh pemilik pangsapuri itu kira-kira pukul 6.50 petang.

Difahamkan, lelaki tersebut mati sejak beberapa hari lalu selepas e-mel yang dikirimkan oleh anaknya yang menetap di Singapura tidak berbalas dalam tempoh empat hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pemeriksaan mendapti mayat tersebut dalam keadaan berbau dan berulat pada bahagian muka.

"Pemeriksaan telah dijalankan ke atas badannya dan persekitaran di dalam rumah, namun tidak menjumpai sebarang tanda berlakunya perbuatan jenayah.

"Turut dijumpai ialah beberapa ubat atas nama si mati dan diserahkan kepada pihak hospital bagi rujukan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Che Zaimani lagi, hasil bedah siasat di Hospital Pulau Pinang di sini awal pagi hari ini mendapati lelaki itu meninggal dunia kerana sakit jantung. - K! ONLINE

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut - K! ONLINE