Mayat Said Samah, 73, yang menghidap penyakit nyanyuk ditemui salah seorang daripada anak perempuannya di dalam longkang sedalam kira-kira 300 meter berkenaan pada pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, warga emas tersebut dipercayai keluar dari kediamannya pada pukul 7.30 malam, Ahad lalu.

Beliau berkata, Said yang menghidap penyakit nyanyuk telah keluar dari rumah sewaktu hujan lebat dan ia tidak disedari oleh ahli keluarganya yang lain.

"Kehilangannya mula disedari ahli keluarganya tidak lama kemudian sebelum berusaha untuk mencari dengan bantuan penduduk kampung.

"Usaha pencarian hampir buntu sehinggalah anak perempuannya menjumpai mayat warga emas itu terbaring di dalam parit yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah mereka pada petang semalam (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, penemuan mayat Said kemudiannya dilaporkan kepada Balai Polis Ketengah Jaya dekat sini dan siasatan awal mendapati kematian warga emas itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. - K! ONLINE