Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, mayat Ling Ah Teng, 79, ditemui pada pukul 10.52 pagi oleh anggota bomba yang melakukan penyelamatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan yang menyatakan seorang lelaki terjatuh di Sungai Batu Pahat pada pukul 5.36 pagi.

"Operasi menyelamat Ling yang berasal dari Jalan Omar, di sini, melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bersama sebuah jentera, sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot.

"Kami juga menerima bantuan daripada tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya menerusi kenyataan hari ini. - Bernama