Tertuduh Robaiah Zainudin, 59, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 12 ogos depan untuk lantikan peguam, sebutan fakta dan hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa menyembunyikan wang berjumlah RM60,000 di akaun bank Hong Leong miliknya yang diketahui ia adalah hasil penipuan iaitu penghantaran parcel tidak wujud daripada Ubaidah Sahri, 63.

Perbuatan itu dilakukan di bank Hong Leong Jalan Munshi di Melaka Tengah kira-kira pukul 4.15 petang, 8 November 2018.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia tidak kerja dan memohon faktor usianya diambil kira.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 12 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. - K! ONLINE