Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mustari Maid, 61, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir kerana ia berada dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan ke atasnya selesai dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati membunuh buruh warga Indonesia bernama Idris, 45, di parkir motosikal berhadapan sebuah kedai di Jalan PJS 6/4, Sungai Way di sini pada pukul 11.12 pagi, 19 Jun lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai sebagai sebutan semula kes. 

Pada 19 Jun lalu, seorang buruh ditemui mati dengan kesan tikaman selepas dia keluar minum bersama tertuduh di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang gagal melunaskan hutang berjumlah ratusan ribu ringgit. - K! ONLINE