Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mat Nayan Saad, 65, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri dua tin minuman jenama Guinness yang bernilai RM15.40 kira-kira pukul 4 petang di sebuah pasar raya Angee Wholesale Sdn. Bhd., Plaza Pandan Malim pada 5 September lalu.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan  mempunyai tanggungan anak dan isteri, selain bekerja sebagai buruh binaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal merayu hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dari tarikh jatuh hukum. - K! ONLINE