Dalam kejadian pada pukul 11.18 pagi itu, Chen Xinzhong, 45, maut akibat parah di seluruh badan dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk urusan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa hendak melintas jalan yang ketika itu berdebu menyebabkan pemandu lori itu tidak menyedari kelibat mangsa.

"Lori membawa muatan bijih besi itu dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Maritim sedang menghala ke kilang MCKIP.

"Pada masa sama, mangsa telah melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu lori terlanggar pejalan kaki tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. - Bernama