Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, kemalangan kira-kira pukul 5.10 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Gen2 bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi."Pemandu Proton Gen2 dikenali sebagai Teo Tam berusia 65 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan akibat kejadian itu.

"Penumpangnya, Zhou Xiaoying yang merupakan warga China cedera bahagian dada dan mengalami sesak nafas," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, pemandu Perodua Myvi yang merupakan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Muhamad Taufiq Hidayat, 32, cedera pada bahagian dada.
 
Kata beliau, bomba difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta Proton Gen2 dari arah Kuala Pilah menuju ke KLIA termasuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perodua Myvi.

"Kami terima panggilan kecemasan pada pukul 5.14 pagi dan kesemua mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk menerima rawatan," katanya. - K! ONLINE