Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, penubuhan tersebut dilihat tepat pada masanya dalam memperbetulkan kelakuan dan dasar sesetengah pihak yang menyentuh isu agama Islam.

"Kita sokong dan sambut baik penubuhan jawatankuasa itu yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

"Ini mengambil kira keadaan sekarang berkait isu bangsa dan agama yang banyak diperkatakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pemberita selepas melawat bekas calon Pas bagi DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebelum ini, Mohd. Yusof Abdullah di Jalan Kebun di sini hari ini.

Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik.

Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.

Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. - K! ONLINE