Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihak polis berjaya mengesan suspek selepas rakannya membuat laporan polis semalam.

"Berdasarkan siasatan awal, pada 5 Disember lalu pada pukul 11.30 malam, suspek bersama tiga rakannya berjumpa mangsa di Stesen KTM Seri Setia, Sungai Way di sini.

"Mereka berjumpa kerana mahu menyelesaikan perselisihan faham tentang kenyataan kedua-dua pihak di laman media sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zani menambah, pertemuan itu bertukar menjadi pergaduhan sehingga menggunakan beberapa peralatan berbahaya seperti kunci stering, topi keledar, batang kayu dan pisau.

"Mangsa yang berusia lingkungan 20-an itu telah ditikam oleh suspek di bahagian perut sehingga menyebabkan kecederaan. - K! ONLINE