Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Penguasa Bomba Kanan II Badrol Hisham Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 petang sebelum lima pegawai dan anggota dengan kekuatan sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian. 

“Setibanya di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, terdapat sebuah MPV jenis Proton Exora sedang terbakar selepas dipercayai bertembung dari arah depan dengan kereta jenis Honda Civic yang turut dipandu seorang wanita. 

“Wanita yang memandu Proton Exora berusia 20 tahun itu sempat keluar untuk menyelamatkan diri sebelum MPV dipandunya terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Badrol Hisham berkata, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api tersebut. 

Tambahnya, pemandu Honda Civic berusia 30 tahun itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan. - K! ONLINE