Wanita pertama memerintah kapal
Aida pecahkan monopoli lelaki dilantik mengepalai KM Nyalau di bawah APMM
Nurul Akmar Aida Suhaimi
21 Februari 2018 3:00 AM
LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) melantik bekas Pegawai Navigasi Kapal Maritim (KM) Arau, Leftenan Maritim Aida Arzahari sebagai Pegawai Memerintah KM Nyalau menggantikan Leftenan Maritim Ahmad Sharifuddin Jamaluddin.
Pelantikan itu sekali gus menjadikan Aida sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Memerintah Kapal di negara ini.
Aida, 35, mengambil alih jawatan daripada Ahmad Sharifuddin yang bertukar tugas ke Pejabat Daerah Maritim (DM) 3 Lumut sebagai Pegawai Operasi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.