Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, mangsa, V. Kaesturi, 22, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tunangnya B. Surendran, 30, patah kaki kiri dan cedera di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian pasangan itu yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari Simpang Bekoh ke Asahan.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mereka telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng wanita telah maut di tempat kejadian manakala pasangannya mengalami patah kaki serta cedera di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arshad berkata, pemandu kereta berusia 32 tahun terbabit bagaimanapun hanya mengalami luka di kaki kiri.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE