Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner  Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa itu dikenali sebagai Selamah Suleiman, 54.

Menurut siasatan awal, kebakaran dilakukan mangsa pada kira-kira pukul 9.45 pagi bermula pada timbunan sampah yang kemudian dipercayai menyambar tilam lama yang terletak di belakang rumah yang seterusnya merebak ke bahagian dapur.

Mohd. Taib berkata, ketika kejadian, anak lelaki mangsa, Asyraf Fahmi, 14, bersama  seorang anak saudara lelaki turut berada di rumah.

"Menurut saksi (anak saudara mangsa), dia terjaga dari tidur sebab terhidu bau asap dan dapati keadaan bilik dipenuhi dengan asap. Saksi terus keluar dari bilik dan menerpa ke dapur serta mendapati asap tebal dan pandangan mata kabur," kata beliau dalam satu kenyataan di sini. - Bernama