Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Serina Mat Idris,27, tercampak keluar dari tingkat atas bas ekspres dua tingkat tersebut apabila bas itu berlanggar dengan sebuah lori di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bas ekspres itu dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highlands semasa kemalangan itu berlaku.

"Wanita itu disahkan maut di lokasi kejadian. Pemandu bas tersepit di tempat pemandu. Dua penumpang lain masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita cedera.

"Seramai 15 penumpang lain terselamat dalam kemalangan itu. Kelindan lori terlibat turut mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE