Dalam kejadian kira -kira pukul 4.40 petang itu, mangsa yang maut ialah Rohani Setapa, 61, anaknya,  Roshaina Husain, 30, mengalami kecederaan parah manakala suami Rohani,  Husain Ismail, 66, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa'aid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 petang.

“ Kerja-kerja mengeluarkan tiga beranak itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa naik setiap seorang mangsa.

“Difahamkan mereka dari Gerik menuju ke Jeli namun ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu anak mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum jatuh ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Jeli dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - K! ONLINE