Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi tersebut, mangsa Bunga Hailah Samaullah berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana mengalami kecederaan pada bahagian leher dan tangan kiri.

Sementara itu, seorang warga emas, Abdol Lawas Mosin, 60, dan Siti Madinah Moden berusia 26 tahun pula dilaporkan cedera akibat ditetak suspek dengan menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Peter Ambuas berkata, mangsa ditemui dalam keadaan mengiring di hadapan pintu di ruang tamu di dalam rumah tersebut.

maut
Suspek (depan) berjaya diberkas polis di kawasan bakau di Kampung Sinallang Look, Semporna hari ini.

 

"Hasil pemeriksaan terhadap fizikal mangsa menemui kesan kelar pada leher dan luka pada tangan kiri. Semasa insiden mangsa hanya menyarungkan kain batik.

"Dimaklumkan, selepas menggelar wanita terbabit suspek berusia 20 tahun bertindak pula menetak dua lagi mangsa yang berada di hadapan rumah sebelum melarikan diri ke kawasan bakau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap di kawasan bakau yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

"Hasil siasatan turut mendapati suspek disyaki sakit mental dan pernah dirawat di Hospital Bukit Padang, Kota Kinabalu," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE