Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mayat mangsa ditemui oleh jirannya kira-kira pukul 5.50 petang.

“Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an mempunyai sejarah penyakit mental. Menurut maklumat daripada ibunya, mangsa pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang di sini dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Difahamkan mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir menambah, terdapat saksi yang melihat mangsa di tingkat 10 pangsapuri tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Mangsa dipercayai terjun dari tingkat tersebut kerana polis telah menemukan sepasang selipar dipercayai miliknya di sekitar tingkat itu.

“Pasukan perubatan yang tiba dari Hospital Kajang tidak lama kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Hasil siasatan awal oleh pihak polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut. - K! ONLINE