Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa dikenali Sariyanty Tanjung, 30 tahun dan menyewa di rumah pangsapuri berkenaan. 

Katanya, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. 

"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada wujud unsur jenayah dan motif kejadian tersebut. 

"Bagaimanapun, setakat ini tiada kesan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. 

Jelas Baharudin, dua lelaki yang merupakan pemilik bersama rumah tersebut iaitu Lim Ah Pheow, 53 dan Liaw Hock An, 48, diminta tampil membantu siasatan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nurul Nabilah di talian 03-55202222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - K! ONLINE