Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.50 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai kedalaman 0.5 meter dan dipenuhi batu. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Fakhrulrazi Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 9.53 malam sebelum sepasukan sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi, mangsa telah pun diselamatkan oleh suaminya dan dia berada dalam keadaan kesakitan di tebing sungai. 

“Anggota kemudian memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Fakhrulrazi, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.47 malam,” katanya. - K! ONLINE