Dalam kejadian pada pukul 7.36 pagi itu turut menyebabkan beberapa bahagian rumah termasuk pintu dan tingkap kaca pada bahagian dapur selain ruang tamu serta bumbung mengalami kerosakan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Razali Husin, identiti mangsa tidak diketahui dan wanita tersebut dibawa keluar oleh jiran-jirannya sebelum ketibaan pihak bomba.

"Pihak bomba membuat size up di lokasi kejadian. Bomba mendapati tiada apa-apa kesan kebakaran yang ada dalam rumah tersebut.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pukul 8.55 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE