Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Jusoh, 60, tiada di rumah dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

 Abdul Rahman berkata, biasanya setiap kali selesai urusan jual beli tersebut dia akan terus ke bank untuk menyimpan wang.

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat demikian kerana jadual yang agak ketat selain berdepan cuti musim perayaan.

 "Saya tinggal bersama kakak Saudah Jusoh, 70, serta seorang anak saudara dan cucu saudara. Semasa kejadian kami semua tiada di rumah.

“Walaupun wang RM31,000 tersebut hangus namun saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga menjadi mangsa kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, dia menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan menyifatkan ia sebagai satu ujian.

 Selain rumah Saudah, api turut menjilat rumah adiknya Sapiah, 59, menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.- K! ONLINE