Menurut pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu, ada gesaan supaya beliau menarik balik laporan itu.

"(Saya)  tidak tahu apa motif disuruh berbuat demikian namun saya berkeras tidak mahu menarik balik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful seterusnya berkata, beliau sebelum ini bertegas tidak mahu mencampuri apa yang didakwanya urusan mengatur pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis walaupun ditawarkan sejumlah wang yang banyak.

Beliau menegaskan pendiriannya untuk tidak bertolak ansur dalam soal integriti selain tidak tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis. - Bernama