Bateri sekunder ialah bateri cas semula yang banyak digunakan untuk telefon bimbit, ‘power bank’, rokok elektrik, gajet permainan elektronik dan dron.

Menurut Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Che Sukri Che Mat, pengimport, pengedar dan penjual perlu memastikan bateri sekunder yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi Malaysian Standard MS IEC 62133:2017.

“Garis panduan yang dikeluarkan sebelum ini tidak mengikat dari segi undang-undang namun kita akan menjadikan ia sebahagian daripada undang-undang di bawah Seksyen 29, Akta Perihal Dagangan 2011.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan jika melibatkan syarikat, denda yang dikenakan sebanyak RM200,000,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.