Kerajaan konservatif Islam itu mengakhiri larangan hampir 40 tahun terhadap pawagam komersial yang ditutup sekitar awal 1980-an akibat desakan penduduk Muslim namun kembali beroperasi mengikut arus modenisasi yang dibawa oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.

Panggung wayang pertama dioperasikan oleh AMC Entertainment Holdings dilancarkan minggu ini dengan tayangan umum dijadualkan hari ini. Pihak berkuasa merancang menyediakan sekitar 350 buah pawagam dengan 2,500 skrin menjelang tahun 2030 yang diharapkan mampu mengutip AS$1 bilion (RM3.88 bilion) menerusi jualan tiket tahunan.

Vox dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu melaburkan AS$533 juta (RM2.07 bilion) di Arab Saudi untuk membuka 600 layar perak dalam tempoh lima tahun bermula di Riyadh Park Mall yang akan dibangunkan panggung wayang IMAX pertama di negara itu.

Pawagam-pawagam lain sedang direka bentuk termasuk di Mall of Saudi dan pusat bandar raya Ishbiliyah. Panggung wayang di kedua-dua lokasi itu dijangka beroperasi pada tahun hadapan. - Reuters