Ia sekali gus menyaksikan ini merupakan kali pertama perkhidmatan OTT menjalin kerjasama dengan stesen penyiaran televisyen terbesar di negara ini.

Menurut Pengurus Besar Vuclip Malaysia, Kingsley Warner, konsep kerjasama itu terjalin disebabkan beberapa faktor antaranya kehendak penonton yang mahukan keaslian yang mengekalkan kandungan dan ciri-ciri negara Malaysia.

"Kerjasama ini membuktikan kewujudan perkhidmatan OTT dalam pasaran bukanlah untuk menyaingi stesen televisyen, sebaliknya kami melihat ada persamaan sinergi dalam kalangan pengguna siaran televisyen atau platform digital.

"Dengan termeterainya kerjasama ini, kami berharap dapat membawa lebih banyak kandungan antarabangsa dan drama Melayu kepada pengguna di negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga siri itu akan mula ditayangkan pada September depan di ntv7 serta Viu. - K! ONLINE