Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen, Mohd. Fardi Ahmad berkata, bilangan hari itu telah berkurangan berbanding 19 hari sebelum ini.

“Para pelajar boleh memuat turun Surat Kelulusan Visa (VAL) pada hari yang sama ia dikeluarkan, menjimatkan tiga hingga enam minggu waktu penghantaran untuk mengepos atau kurier dokumen salinan keras kepada para pelajar di negara mereka,” katanya.

Satu lagi langkah yang diambil Imigresen adalah memperkenalkan e-Visa kepada para pelajar dari 10 negara iaitu China, Myanmar, India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Bhutan, Serbia dan Montenegro pada Ogos tahun lepas.

“Para pelajar dari 10 negara ini boleh memohon secara dalam talian untuk visa masuk tunggal selepas menerima VAL. Semua permohonan diproses dalam tempoh 48 jam, menjadikannya lebih pantas dan mudah bagi para pelajar untuk memulakan perjalanan bagi pendidikan ke Malaysia,” katanya. - Bernama