Vingada melepaskan jawatan tersebut kerana memikul tanggungjawab di atas kemerosotan presĀ­tasi pasukan kebangsaan yang tidak pernah memenangi sebarang perlawanan dalam tujuh pertemuan di peringkat antarabangsa.

Vingada yang pernah melatih pasukan Arab Saudi sehingga memenangi Piala Asia pada tahun 1996 hanya sempat menjadi jurulatih Harimau Malaya selama tujuh bulan dengan mencatatkan satu kali seri dan enam kali kekalahan.

Menurut Vingada, beliau bersama-sama dua pembantu jurulatihnya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa tidak akan lagi terlibat secara langsung bersama Harimau Malaya bermula semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.