Khomdram Gambhir Singh berusia 26 tahun ketika dia meninggalkan rumah pada tahun 1978 di Imphal dan tidak pernah pulang sejak daripada itu, menurut satu laporan.

Selama empat dekad keluarganya tidak mendengar apa-apa sehinggalah satu video klip menunjukkan seorang lelaki berjambang menyanyikan lagu yang pernah popular di laman perkongsian video YouTube di sebuah jalan di Mumbai yang terletak sejauh 3,300 kilometer dari Imphal menjadi viral.

Penyanyi memperkenalkan dirinya sebagai Khomdram Gambhir Singh dalam satu video yang dirakam seorang jurugambar jalanan terus menarik perhatian persatuan tempatan di Imphal yang terus memberitahu keluarganya yang mengecam suara lelaki itu sebelum menghubungi pihak polis. - AFP