Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Sharidan Abdul Aziz dan isterinya, Siti Rafini Mohd. Rafiee, masing-masing berusia lingkungan 30-an serta anak mereka, Rafiq Sharidan meninggal dunia akibat rentung di dalam bilik utama rumah tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 3.51 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah sedang terbakar kira-kira 70 peratus.

"Mayat ketiga-tiga mangsa dijumpai di bilik pertama sebelum dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat," katanya. - K! ONLINE