Kehadiran dua ekor bersaiz gergasi dianggarkan seberat lebih tiga tan tersebut menarik perhatian beberapa pekerja pelantar minyak terbabit.

Seorang individu dipercayai pekerja pelantar minyak milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkenaan telah merakam video memaparkan pergerakan dua ekor ikan paus Orca berkenaan di dalam laut.

Berdasarkan video yang berdurasi 30 saat kedua-dua ikan spesies terbesar dunia itu timbul di permukaan air selama beberapa saat sebelum tenggelam semula ke dalam dasar Laut China Selatan.

Ketua Pasukan Penyelamat Kedamparan Spesies Marin Terancam Institut Penyelidikan Perikanan Penyu dan Hidupan Marin Terancang Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad berkata, paus Orca merupakan ikan yang dikategorikan sebagai spesies terancam.

"Ikan paus Orca atau nama saintifiknya, Orcinus Orca tersenarai dalam Jadual Mamalia Marin, Akta Perikanan 1985 (Peraturan-Peraturan Perikanan, Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam Pindaan 2019)," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE