Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, pasangan warga emas, Hasshim Ahmad, 76, dan Salbiah Man, 74, dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat selepas pokok bersaiz hampir dua pemeluk dewasa itu tumbang dan menimpa bahagian atap rumah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, usaha membersihkan kediaman mangsa dilakukan segera dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak lain.

"Usaha itu memgambil sedikit masa kerana pokok berkenaan bersaiz besar dan menghempap hampir keseluruhan rumah mangsa.

"Kedua-dua mangsa tidak cedera dan pasangan itu bersama barang-barangnya dipindahkan ke rumah anak mereka yang terletak berdekatan," katanya kepada pemberita sebentar tadi. - K! ONLINE