Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, perkara tersebut diputuskan selepas pihaknya bersidang pada Ahad lalu bagi membincangkan mengenai kes video lucah itu.

“Jadi, kami akan menyerahkan surat tersebut kepada Haziq esok susulan tindakannya yang mencemarkan nama parti menerusi kenyataan yang dibuat baru-baru ini.

“Lembaga Disiplin juga mengambil maklum penafian (terlibat dalam video lucah) Timbalan Presiden PKR (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan akan meneliti sebarang penyelarasan sekiranya ada,” katanya pada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Kassim menambah, pihaknya juga masih menunggu hasil siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Kami juga mahu memberi amaran keras kepada semua ahli parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan tanpa mempunyai asas dan fakta yang kukuh terhadap barisan kepimpinan parti,” ujarnya. - K! ONLINE