Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, Mohd. Ahmadha Azzarudin Mat Jusoh, 22, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Ahmadha Azzarudin yang berasal dari Felda Cherul dekat sini dalam perjalanan untuk membawa ributan botol air mineral terbabit ke sebuah pasar raya di Jalan Abdul Rahman di sini.

"Sewaktu membelok untuk memasuki simpang kanan dari lampu isyarat di Jalan Jakar, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbalik di sebelah kiri jalan.

"Dia bernasib baik terselamat tanpa sebarang kecederaan sebelum dibantu pengguna jalan raya lain yang turut menyaksikan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan lori itu terbabit kerana muatan berat dan permukaan jalan licin kerana cuaca hujan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - K! ONLINE