Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seorang lelaki yang merupakan bapa sudara mangsa telah membawa kanak-kanak itu ke balai bomba berkenaan selepas menyedari kakinya telah tersangkut pada bahagian atas tong gas kira-kira pukul 2.15 petang.

"Mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kereta dari Balik Pulau menuju ke Bukit Mertajam sambil turut membawa tong gas berkenaan.

"Tanpa disedari, kaki kanak-kanak itu telah tersangkut pada tong gas sebelum pengadu terus singgah di BBP Perai untuk mengeluarkannya," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Sementara itu, insiden berkenaan tular selepas video berdurasi 47 saat yang memaparkan usaha mengeluarkan kaki mangsa oleh beberapa anggota bomba dimuat naik di media sosial.

Kanak-kanak itu dilihat menangis ketika anggota terbabit cuba memotong bahagian atas tong gas itu menggunakan alat pemotong besi. - K! ONLINE