Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun itu baru sahaja membeli belah bersama suaminya di Pasar Wakaf Bharu sebelum didatangi sebuah kenderaan jenis Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, semasa kejadian mangsa sedang berjalan kaki  dan tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dari arah hadapan.

"Dalam pada yang sama seorang lelaki yang juga penumpang hadapan kenderaan memakai penutup muka dan topi bertindak mengeluarkan tangan dari  tingkap kereta untuk meragut mangsa.

"Lelaki dianggarkan berusia 20-an berkenaan bertindak menarik beg tangan mangsa yang berada di bahu namun tidak terlepas menyebabkan mangsa diheret sejauh kira-kira meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahya,  suami mangsa bertindak mengejar isterinya yang sedang ditarik sambil menjerit meminta tolong.

Katanya,  orang ramai yang berada di sekitar terus membantu suami isteri terbabit.

"Kedua suspek termasuk pemandu kereta terus meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat melarikan beg tangan yang ingin diragut.

"Pihak polis sedang giat  mengesan suspek menerusi televisyen litar tertutup (CCTV)  yang dipasang di beberapa premis yang merakam kejadian itu," ujarnya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak. - K! ONLINE