Kejadian pukul 6 petang itu mengakibatkan empat anggota terpaksa cuba menolak dan mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vios tersebut yang diletakkan pada kedudukan gear meletakkan kenderaan (P) hampir empat minit.

Bagaimanapun, pemilik kereta tersebut berusia 30-an kemudiannya tiba sebelum mengalihkan kenderaannya.

Ketua BBP Sabak Bernam, Mohd. Saufi Zakaria ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, ia merupakan kejadian pertama berlaku terutama dalam memberikan bantuan kecemasan.  

Katanya, situasi mengakibatkan bomba mengambil masa 12 minit untuk tiba di lokasi kemalangan di Jalan Haji Suhaimi, Sepintas di sini berbanding jangka masa sebenar kurang 10 minit.

"Tiada sebarang alasan diberikan oleh pemandu itu kerana meletakkan kereta di hadapan BBP sini.

"Tindakan ini sepatutnya tidak terjadi dan berharap orang ramai lebih prihatin terhadap tugas anggota bomba tanpa mengira waktu bagi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat," katanya di sini.

Insiden tersebut menjadi tular apabila sebuah video berdurasi 12 saat dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman daripada pengguna laman tersebut. - K! ONLINE