Fenomena itu dijangka berterusan selama tiga hari sehingga esok dengan paras air pasang di antara 5.2 meter hingga 5.5 meter.

Seorang penduduk Kampung Batu 23, Zainuddin Sampingan, 59, memberitahu, limpahan air laut di Dataran Batu 23 itu sedalam kira-kira 0.2 meter.

Dia yang merupakan nelayan berkata, air laut didapati mula pasang sekitar pukul 3 petang sebelum melimpah masuk ke dataran berkenaan tiga jam kemudian.

air pasang besar
Anggota bomba melakukan pemantau limpahan air laut di Dataran Batu 23 Sungai Nibong petang semalam.

 

"Keadaan itu mengakibatkan beberapa orang peniaga terjejas susulan tapak gerai mereka digenangi air laut," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Mohd. Khairul Anuar Abu Bakar berkata, seramai tiga anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.45 petang.

Jelas beliau, hasil pemantauan mendapati air laut di kawasan itu kembali surut setengah jam kemudian.

"Kita akan melakukan pemantauan di lokasi sama terutama di dataran itu pukul 6.30 petang ini sebagai langkah berjaga-jaga," katanya. - K! ONLINE