Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Nur Nailah Al Farafisha Mohd. Helmiardi, 2 tahun 11 bulan dan adiknya, Nur Afrina Safiya, 11 bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku gara-gara bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju ketika melalui jalan berlopak dan basah akibat hujan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan Proton Saga yang turut dinaiki isterinya, Nor Yumni Yahya, 24, terbabas sebelum me­rempuh tiang lampu.

“Dua beradik itu tercampak keluar daripada kenderaan dan dilaporkan mengalami pendarahan dalaman di kepala dan dada.

“Mohd. Helmiardi yang memandu kereta itu pula cedera pada bahagian dada manakala Nor Yumni patah kedua-dua belah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.