WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan disertai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, undang-undang itu penting kerana masalah kenderaan terbiar semakin membimbangkan.

“Setakat ini, saya dimaklumkan ada kira-kira 6,000 aduan dari lapan kawasan ter­utama di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor diterima daripada orang awam berhubung masalah kenderaan terbiar.

“Kita sedar ia berbahaya kepada pengguna jalan raya, berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk termasuk aedes, mengganggu kawasan parkir awam, selain memiliki bahan toksik yang boleh mendatangkan pencemaran alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.