Menurut Pengasas Projek57, Collin Swee, Unity Ribbon merupakan inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia lebih teruja menyambut Hari Merdeka selain mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Reka bentuk Unity Ribbon diilhamkan daripada corak dan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang itu dijual pada harga RM2.50 setiap satu dan 50 sen daripada setiap reben tersebut akanakan disumbangkan kepada mereka yang menghasilkannya.

"Justeru, orang ramai diseru mendapatkan reben tersebut bagi menunjukkan tanda sokongan kepada kempen yang membawa mesej positif ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen Unity Ribbon di pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Unity Ribbon boleh didapati di pasar raya Jaya Grocer, Nando’s Malaysia dan MyNews.com seluruh negara serta jboleh dibeli menerusi di laman web Projek57 https://www.projek57.com/product/unity-ribbon/.

Orang ramai boleh melayari www.projek57.com, www.projek57.com/unity-ribbon/ dan Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57/ serta Instagram di https://www.instagram.com/projek57/. - K! ONLINE